Wednesday, December 14, 2011

Anak Pelanduk

PROTON INSPIRA 1.8 & 2.0


Setelah 25 tahun Proton mengeluarkan kenderaan tempatan,kini model terbaru menampilkan gaya terkini yg lebih elegan,sporty dan lebih komersial dalam pasaran dunia.

Sekali imbas,ia seakan sebuah kereta import dari Jepun iaitu Mitsubishi Lancer tetapi imbasan kali kedua membuktikan bahawa ianya adalah kereta nasional Proton Inspira.






CUBA BEZAKAN...!!!








APAKAH BEZANYA???







      BAHAGIAN BELAKANG PUN???









Proton Inspiri merupakan sebuah kereta nasional yg dihasilkan berkonsepkan kereta Jepun,Mitsubishi Lancer tetapi ditala sepenuhnya oleh Proton. Hal ini menunjukkan bahawa tenaga kemahiran yg dimiliki oleh negara kita boleh menandingi tenaga kemahiran drpd negara asal kereta tersebut.

Inspira merupakan model gantian kepada Proton Waja. Inspira telah dilengkapkan dengan pelbagai spesifikasi yg memenuhi keinginan pengguna sama ada golongan muda atau pun lebih tua.

Perbezaan Inspira dengan Lancer GT tidak ketara pada pandangan luaran mahupun dalaman. Aspek luaran,Proton mengubah pandangan pada bahagian bumper hadapan,belakang,spoiler dan rim.

Corak rim Inspira lebih elegan berbanding dengan Lancer GT yg lebih utamakan ke arah sporty look.




Pada bahagian dalaman,cara dan kedudukan atau susunan Inspira hampir sama sepenuhnya dengan Lancer GT cuma lambang Proton semestinya akan tertera pada Inspira.
Ruang dalaman Inspira tampak lebih kemas dengan hiasan tona warna hitam dan perak. Susunan papan pemuka yg lebih menarik mewujudkan satu pandan yg selesa ketika memandu Inspira.





Susunan panel meter pada Inspira lebih cantik dan nampak lebih elegan.

Namun,pada bahagian enjin terdapat perbezaan tertentu. Enjin MIVEC pada Proton Inspira telah ditala semula oleh Proton. Model Inspira 1.8 mempunyai kekuatan 138hp/6,000rpm manakala Inspira 2.0 pula 148hp/6,000rpm. MIVEC pada Inspira menggunakan blok aluminium menjadikan kereta lebih senyap dan mengurangkan penggunaan bahan bakar yg lebih efisen. Model ini turut menggunakan sistem trasmisi CVT INVECS-III seperti yg digunapakai oleh Lancer GT supaya keadaan pemanduan lebih selesa,senyap dan melembutkan penukaran gear.

Antara kelebihan Inspira yg lain ialah pusingan radius minima 5.0m. Ini memudahkan pemandu membuat U-turn di ruang jalan yg tidak berapa lebar. Dengan sistem Proton RIDE & Handling,gaya pemanduan menjadi lebih cekap pada kereta tetapi bergantung kepada pemandu yg memandu.

Fasiliti lain yg terdapat pada Inspira ialah paddle-shift,leather seat dan sistem keselamatan yg lengkap terdiri drpd SRS Airbag,ABS,EBD,immobilizer system dan security tinted film menjadikan Inspira sebuah kereta yg lengkap dengan ciri-ciri kereta idaman semua setaraf dengan kereta import.

1 comment: