Wednesday, December 14, 2011

Anak Pelanduk

PROTON INSPIRA 1.8 & 2.0


Setelah 25 tahun Proton mengeluarkan kenderaan tempatan,kini model terbaru menampilkan gaya terkini yg lebih elegan,sporty dan lebih komersial dalam pasaran dunia.

Sekali imbas,ia seakan sebuah kereta import dari Jepun iaitu Mitsubishi Lancer tetapi imbasan kali kedua membuktikan bahawa ianya adalah kereta nasional Proton Inspira.






CUBA BEZAKAN...!!!








APAKAH BEZANYA???







      BAHAGIAN BELAKANG PUN???









Proton Inspiri merupakan sebuah kereta nasional yg dihasilkan berkonsepkan kereta Jepun,Mitsubishi Lancer tetapi ditala sepenuhnya oleh Proton. Hal ini menunjukkan bahawa tenaga kemahiran yg dimiliki oleh negara kita boleh menandingi tenaga kemahiran drpd negara asal kereta tersebut.

Inspira merupakan model gantian kepada Proton Waja. Inspira telah dilengkapkan dengan pelbagai spesifikasi yg memenuhi keinginan pengguna sama ada golongan muda atau pun lebih tua.

Perbezaan Inspira dengan Lancer GT tidak ketara pada pandangan luaran mahupun dalaman. Aspek luaran,Proton mengubah pandangan pada bahagian bumper hadapan,belakang,spoiler dan rim.

Corak rim Inspira lebih elegan berbanding dengan Lancer GT yg lebih utamakan ke arah sporty look.




Pada bahagian dalaman,cara dan kedudukan atau susunan Inspira hampir sama sepenuhnya dengan Lancer GT cuma lambang Proton semestinya akan tertera pada Inspira.
Ruang dalaman Inspira tampak lebih kemas dengan hiasan tona warna hitam dan perak. Susunan papan pemuka yg lebih menarik mewujudkan satu pandan yg selesa ketika memandu Inspira.





Susunan panel meter pada Inspira lebih cantik dan nampak lebih elegan.

Namun,pada bahagian enjin terdapat perbezaan tertentu. Enjin MIVEC pada Proton Inspira telah ditala semula oleh Proton. Model Inspira 1.8 mempunyai kekuatan 138hp/6,000rpm manakala Inspira 2.0 pula 148hp/6,000rpm. MIVEC pada Inspira menggunakan blok aluminium menjadikan kereta lebih senyap dan mengurangkan penggunaan bahan bakar yg lebih efisen. Model ini turut menggunakan sistem trasmisi CVT INVECS-III seperti yg digunapakai oleh Lancer GT supaya keadaan pemanduan lebih selesa,senyap dan melembutkan penukaran gear.

Antara kelebihan Inspira yg lain ialah pusingan radius minima 5.0m. Ini memudahkan pemandu membuat U-turn di ruang jalan yg tidak berapa lebar. Dengan sistem Proton RIDE & Handling,gaya pemanduan menjadi lebih cekap pada kereta tetapi bergantung kepada pemandu yg memandu.

Fasiliti lain yg terdapat pada Inspira ialah paddle-shift,leather seat dan sistem keselamatan yg lengkap terdiri drpd SRS Airbag,ABS,EBD,immobilizer system dan security tinted film menjadikan Inspira sebuah kereta yg lengkap dengan ciri-ciri kereta idaman semua setaraf dengan kereta import.

Pelanduk Dua Serupa

Original...
MITSUBISHI LANCER 2.0GT












Mitsubishi sudah tidak asing lagi di Malaysia.....Jenama yg sudah pasti mekar di hati rakyat Malaysia yg mengagumi keluaran negara matahari terbit ini. Kini,Mitsu mengeluarkan model baru iaitu Lancer GT 2.0.

Lancer GT diilhamkan reka bentuk dan gaya terbaru. Dengan bahagian depan ala 'hidung jerung' atau 'shark-nose',menampakkan ia lebih garang. Gaya ini membuatkan pemandu akan berbangga memilikinya. Dengan rekaan terbaru ini,Lancer GT baru meletakkan posisi antara kereta tercantik.

Rekaan luaran yg terdiri daripada rim alloy 18 inci,bodykit penuh dan spoiler menunjukkan ciri sebuah kereta lumba...

' RIM ALLOY 18 inci 12 - spoke'



'REKAAN LAMPU HADAPAN TERKINI'








Bahagian dalaman pula diciptakan khas untuk pelbagai golongan. Lancer GT membekalkan keselesaan,gaya dan kemudahan pada ruang dalaman terus dapat memikat hati sesiapa yg terpandang.



Dengan ciptaan papan pemuka yg ringkas tapi 'sporty' menjadikan pemandu seperti memandu sebuah formula one kerana dilengkapi dengan 'paddle-shift'. Kegunaannya adalah untuk membuatkan pemandu berasa seronok ketika memandu Lancer GT ini.
dengan ciptaan banyak compartment,Lancer GT memang memuaskan dalam kelasnya. Dalam apek dalaman,susunan yg kemas dan teratur amat dititkberat oleh para pemandu kerana kekemasan menunjukkan kemampuan kereta tersebut.

Spesifikasi enjin pula,Lancer GT dibekalkan dengan enjin talaan MIVEC ( Mitusubishi Innovative
Valve-timing Electronic Control) yg mempunyai 155 kuasa kuda/6,000rpm...dan 199Nm torque/4,250rpm. Lancer GT juga dilengkapi dengan INVECS-III CVT iaitu sistem transmisi automatik 6-kelajuan. Sistem ini berfungsi sebagai ejen yg menjadikan penukaran gear secara lembut. pada masa yg sama pemanduan menjadi lebih selesa dan tenang.

Berbekalkan sistem suspensi MacPherson di bahagian hadapan 'multilink' di bahagian belakang,Lancer GT amat selesa dipandu dalam kadar kelajuan tinggi kerana daya serap hentakan yg cukup memuaskan tambahan pula dengan adanya ABS(anti-lock braking system) + EBD(electronic brake distributor) membantu jentera mengurangkan 'oversteer' atau 'understeer' ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi dan membantu mengurangkan jarak berhenti apabila brek kecemasan.

Antara sistem keselamatan yg lain adalah seperti beg udara berkembar (SRS Airbag),ESP(electronic stabillity program) yg membantu menstabilkan jentera apabila berlaku perubahan situasi secara mengejut. Lancer GT merupakan sebuah kereta 2 situasi yg amat sesuai untuk dimiliki sama ada digunakan secara famili ataupun secara lasak.

Ciri-ciri lain seperti 'leather seat' dan sistem audio yg terdiri drpd '6-disc CD changer' dan 6 speaker menjadikan Lancer GT lengkap sebagai sebuah kereta idaman.

Thursday, July 21, 2011

Hyundai -New Thinking New Possibilities

  Hyundai sudah tak asing lagi dalam Malaysia tentang barangan keluarannya khususnya dalam bidang automotif...
kini Hyundai telah launching model paling baru iaitu i10 FL.......ade model 1.1 dan 1.25 Kappa.....

Wajah depan.....
   sekali imbas mcm Myvi....tp bukan tau......
ni Hyundai i10 FL terbaru!!! Lawa beb!!!!

mcm Hyundai Tucson pon ade.,,,,,,,,,










belakang...
hah........tengok!!!! mirip Myvi jgk...... tp masih bukan Myvi.....i10 FL taw!!!





memang dasat tol keta nih!!!!






i10 FL nie sebuah kereta kompak yang diilhamkan oleh Hyundai India........ duta bg Hyundai i10 FL ialah:
SHAH RUKH KHAN  wooo!!!!!! hebat betol!!!!!

bukan senang selebriti femes cam ni leh jd duta taw.......kualiti SRK kan tinggi.........semestinya jadi duta untuk produk yang berkualiti tinggi......

Jelas terbukti i10 merupakan kereta yang sesuai bagi peminat SRK.....






Hyundai i10 kini telah diciptakan dengan pelbagai reka bentuk yang baharu.......
contohnya rupa bahagian depan dan belakang......rim sport.....spoiler......meter paparan.....
Papan pemuka yang menarik.........mesti terpegun punyaa!!!!!





kini i10 FL 1.25 menggunakan enjin Kappa CVVT timing chain.........waH!! bukan semua kereta kecik pakai sistem macam ni......bererti i10 mempunyai daya tahan dan kualiti yang tinggi....

1.25 Kappa CVVT timing chain.....
1.1 Epsilon timing belt...

bagi yang mementingkan keselesaan ruang kenderaan.......

RUANG DALAMAN YANG LUAS!!!!
selain itu,model ini juga menggunakan power steering yang menggunakan elektrik.....
sistem audio 2-din,USB dan CD player yang canggih......

Oleh itu,sesiapa yang ingin tahu mengenai tentang i10 FL serba baru ini..... lawatilah Pusat Pameran Hyundai yang berdekatan dengan anda dengan segera.........


Wednesday, July 13, 2011

Lagi Best!!!! Ape yang best?? MYVi!!!

Dengar habaq model yg terbaru nie.....Best semacam!! ape tu???

Wah!!! MYVi baru rupanya..............nak tengok rupa nya???




Cun tak??? mesti cun kan....????
kat Luar dah nampak best....kat dalam belom tengok lagi......warna ni pon best jgk!!











Jom kita tengok kat bahagian dalam Myvi Lagi Best nih....!!!
Hah!! ape macam?? Cool tak???
ape lagi tunggu....moh le booking cepat!!
Bagi orang2 berjiwa muda....
sesuai beb......







haaa....yang ni model Myvi lama... tapi Myvi SE punya la....
cuba bezakan....yang mana lagi lawa....

Gunakan daya pemikiran yang paling kreatif untuk membezakan ruang dalam bahagian papan pemuka MYVi







beb.....tengok ruang tempat duduk Myvi baru nie..... besar tu.... bagi badan yang agak sihat...boleh muat.......huh!! cun abis!!!









tengok la apa yang ada n best!! pada sebuah Myvi baru nih!!.... kalau nak lebih rujukan.... datanglah ke Pusat Pameran Perodua yang berdekatan dengan anda.......pasti terpegun!!!

Friday, July 8, 2011

seMEGAH namanya!!! PROTON INSPIRA


Proton Inspira merupakan sebuah kereta nasional yg terbaik pernah dikeluarkan abad ini... hasil kerjasama dengan Mitsubishi,Proton mengeluarkan model yg hampir sama dengan Lancer GT.... sekali imbas ia adalah sebuah Mitsubishi tetapi untuk pandangan kedua kalinya,ia adalah Proton Inspira keluaran nasional....

Inspira dikeluarkan seakan2 model Mitsubishi Lancer GT adalah bertujuan untuk menarik minat pengguna di Malaysia tentang kualiti kenderaan keluaran nasional yang setaraf kereta import...

dengan reka bentuk bumper hadapan-belakang yang menarik menjadikan Inspira sebuah kereta yg cantik untuk dilihat dan memukau para pemandangnya....


Reka dalaman sebuah Proton Inspira juga merupakan 1 daya tarikan bg pengguna kenderaan di Malaysia... dengan 'full-leather seat',ruang dalaman model ini kelihatan mewah dan elegan...

Inspira dilengkapi dengan enjin MIVEC CVT 1.8 dan 2.0. Enjin ini telah ditala oleh PROTON Malaysia bg membuktikan bahawa produk keluaran negara ini adalah hasil tenaga kerja tempatan. Ini membuktikan bahawa Malaysia juga telah berjaya memiliki tenaga kerja bertaraf antarabangsa,pakar dalam bidang enjin.
Bagi mereka yang gemarkan kereta yang bekuasa,Inspira adalah sebuah kereta yg cukup berkuasa dalam kelasnya iaitu 138hp(1.8) dan 148hp(2.0)...turut dilengkapi dengan sistem Ride & Handling by Proton, menjadikan model ini sebuah kenderaan yang stabil dan selesa ketika pemanduan....

Sistem keselamatan yang canggih turut disertakan dalam sebuah kereta Inspira,antaranya ialah ABS dan EBD,beg udara berkembar,anti.trap system, dan ESP....dengan adanya semua sistem keselamatan ini, ianya dapat membantu Inspira mengurangkan kecenderungan untuk berada dalam situasi bahaya...Oleh itu,potensi untuk sebuah Inspira berada dalam situasis kritikal adalah berkurangan....




Ruang paparan dalaman juga amat penting bg sebuah Inspira.Oleh itu,Inspira juga disertakan dengan paparan papan pemuka yg menarik,jelas dan memukau pandangan pemandu atau sesiapa yang melihatnya......
Paparan meter berwarna putih merah menampakkan kemegahan kereta Inspira di mata masyarakat.

Kpd pengguna sekalian,untuk mengetahui lebih lanjut tentang Proton Inspira,sila lawati ke pusat pameran PROTON yang berdekatan dengan anda.....pasti mengagumkan!!!

Wednesday, July 6, 2011

Gaya dan Kualiti - Kia Forte SX

Kia Forte merupakan sebuah model keluaran jenama Korea yang telah menerima suntikan baharu dalam dunia automotif yang diciptakan serba lengkap dengan teknologi serta gaya terkini...Hasil idea ciptaan Peter Schreyer,(bekas designer Audi) yang kini seorang warga Kia Motors Corporation telah mengilhamkan Kia Cerato atau dikenali sebagai Kia Forte di Malaysia.


Kia Forte diilhamkan rupa bentuk seakan-akan Audi,BMW dan Honda telah menarik minat ramai pengguna kereta sedan di Malaysia khususnya golongan pertengahan.


Antara spesifikasi2 yang terdapat dalam sebuah kereta Forte ialah sistem Push Button Start/Stop Engine berfungsi sebagai suis menghidup dan mematikan enjin. Sistem penyaman udara digital automatik,CD changer dan paparan meter yang menarik menampakkan kekemasan ruang dalaman khususnya di bahagian papan pemuka Kia Forte...sesiapa yang melihatnya pasti terpegun dengan rekaan seumpama itu.






Forte turut disertakan dengan sistem keselamatan yang canggih seperti Antilock Braking System (ABS), Electronic Brake Distributor(EBD),Traction Control System(TCS),Electrinic Control System(ESC) dan 6 beg udara berkembar. Ruang tempat duduk yang diperbuat drpd kulit menjadikan Forte sebuah kereta sedan yang memenuhi citarasa pengguna yang inginkan keselesaan.


Kini Forte disertakan dengan sistem trasmisi automatik 6-kelajuan dan penggunaan 'paddle shifter' menampakkan ianya sebuah kereta yang berkuasa hampir sama dengan Mitsubishi Lancer GT... bagi golongan muda yang inginkan cabaran dalam pemanduan, sistem ini amat bersesuaian bg mereka.


Enjin yang digunakan oleh Kia Forte ialah 1.6 Gamma DOHC CVVT dan 2.0 Theta-II DOHC CVVT. Enjin ini menggunakan timing chain tetapi dengan sistem yang dimiliki keadaan enjin menjadi senyap dan selesa ketika pemanduan. Berbekalkan 'horse power' 126 (1.6) dan 154 (2.0),Forte adalah antara kereta yang berkuasa dalam kelasnya.

Antara kelebihan yang dimilki Forte adalah penggunaan bahan bakar yang efisyen,daya pickup yang tinggi dan daya rekabentuk yang menarik semestinya membanggakan pemandu yang memilikinya...

Forte dilengkapi dengan rim alloy 17 inci 5 unit termasuk tayar simpanan, penggunaan brek cakera di hadapan dan belakang kenderaan untuk penggunaan brek yang lebih cengkaman..