Kia Forte merupakan sebuah model keluaran jenama Korea yang telah menerima suntikan baharu dalam dunia automotif yang diciptakan serba lengkap dengan teknologi serta gaya terkini...Hasil idea ciptaan Peter Schreyer,(bekas designer Audi) yang kini seorang warga Kia Motors Corporation telah mengilhamkan Kia Cerato atau dikenali sebagai Kia Forte di Malaysia.
Kia Forte diilhamkan rupa bentuk seakan-akan Audi,BMW dan Honda telah menarik minat ramai pengguna kereta sedan di Malaysia khususnya golongan pertengahan.
Antara spesifikasi2 yang terdapat dalam sebuah kereta Forte ialah sistem Push Button Start/Stop Engine berfungsi sebagai suis menghidup dan mematikan enjin. Sistem penyaman udara digital automatik,CD changer dan paparan meter yang menarik menampakkan kekemasan ruang dalaman khususnya di bahagian papan pemuka Kia Forte...sesiapa yang melihatnya pasti terpegun dengan rekaan seumpama itu.
Forte turut disertakan dengan sistem keselamatan yang canggih seperti Antilock Braking System (ABS), Electronic Brake Distributor(EBD),Traction Control System(TCS),Electrinic Control System(ESC) dan 6 beg udara berkembar. Ruang tempat duduk yang diperbuat drpd kulit menjadikan Forte sebuah kereta sedan yang memenuhi citarasa pengguna yang inginkan keselesaan.
Kini Forte disertakan dengan sistem trasmisi automatik 6-kelajuan dan penggunaan 'paddle shifter' menampakkan ianya sebuah kereta yang berkuasa hampir sama dengan Mitsubishi Lancer GT... bagi golongan muda yang inginkan cabaran dalam pemanduan, sistem ini amat bersesuaian bg mereka.
Enjin yang digunakan oleh Kia Forte ialah 1.6 Gamma DOHC CVVT dan 2.0 Theta-II DOHC CVVT. Enjin ini menggunakan timing chain tetapi dengan sistem yang dimiliki keadaan enjin menjadi senyap dan selesa ketika pemanduan. Berbekalkan 'horse power' 126 (1.6) dan 154 (2.0),Forte adalah antara kereta yang berkuasa dalam kelasnya.
Antara kelebihan yang dimilki Forte adalah penggunaan bahan bakar yang efisyen,daya pickup yang tinggi dan daya rekabentuk yang menarik semestinya membanggakan pemandu yang memilikinya...
Forte dilengkapi dengan rim alloy 17 inci 5 unit termasuk tayar simpanan, penggunaan brek cakera di hadapan dan belakang kenderaan untuk penggunaan brek yang lebih cengkaman..

No comments:
Post a Comment