Friday, July 8, 2011
seMEGAH namanya!!! PROTON INSPIRA
Proton Inspira merupakan sebuah kereta nasional yg terbaik pernah dikeluarkan abad ini... hasil kerjasama dengan Mitsubishi,Proton mengeluarkan model yg hampir sama dengan Lancer GT.... sekali imbas ia adalah sebuah Mitsubishi tetapi untuk pandangan kedua kalinya,ia adalah Proton Inspira keluaran nasional....
Inspira dikeluarkan seakan2 model Mitsubishi Lancer GT adalah bertujuan untuk menarik minat pengguna di Malaysia tentang kualiti kenderaan keluaran nasional yang setaraf kereta import...
dengan reka bentuk bumper hadapan-belakang yang menarik menjadikan Inspira sebuah kereta yg cantik untuk dilihat dan memukau para pemandangnya....
Reka dalaman sebuah Proton Inspira juga merupakan 1 daya tarikan bg pengguna kenderaan di Malaysia... dengan 'full-leather seat',ruang dalaman model ini kelihatan mewah dan elegan...
Inspira dilengkapi dengan enjin MIVEC CVT 1.8 dan 2.0. Enjin ini telah ditala oleh PROTON Malaysia bg membuktikan bahawa produk keluaran negara ini adalah hasil tenaga kerja tempatan. Ini membuktikan bahawa Malaysia juga telah berjaya memiliki tenaga kerja bertaraf antarabangsa,pakar dalam bidang enjin.
Bagi mereka yang gemarkan kereta yang bekuasa,Inspira adalah sebuah kereta yg cukup berkuasa dalam kelasnya iaitu 138hp(1.8) dan 148hp(2.0)...turut dilengkapi dengan sistem Ride & Handling by Proton, menjadikan model ini sebuah kenderaan yang stabil dan selesa ketika pemanduan....
Sistem keselamatan yang canggih turut disertakan dalam sebuah kereta Inspira,antaranya ialah ABS dan EBD,beg udara berkembar,anti.trap system, dan ESP....dengan adanya semua sistem keselamatan ini, ianya dapat membantu Inspira mengurangkan kecenderungan untuk berada dalam situasi bahaya...Oleh itu,potensi untuk sebuah Inspira berada dalam situasis kritikal adalah berkurangan....
Ruang paparan dalaman juga amat penting bg sebuah Inspira.Oleh itu,Inspira juga disertakan dengan paparan papan pemuka yg menarik,jelas dan memukau pandangan pemandu atau sesiapa yang melihatnya......
Paparan meter berwarna putih merah menampakkan kemegahan kereta Inspira di mata masyarakat.
Kpd pengguna sekalian,untuk mengetahui lebih lanjut tentang Proton Inspira,sila lawati ke pusat pameran PROTON yang berdekatan dengan anda.....pasti mengagumkan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment